Thursday, June 18, 2009

Datuk Lee Chong Wei Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton Terbuka Pahang

Datuk Lee Chong Wei Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton Terbuka Pahang
Datuk Lee Chong Wei yang juga pemain no. 1 dunia menang mudah apabila menewaskan Chan Kwong Beng pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Sukpa, Indera Mahkota.Chan Kwong Beng merupakan pemain pelapis negara di tewaskan dalam masa setengah jam 21-11,21-19.

Bagi acara bergu lelaki pula kita menyaksikan pasangan veteran negara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah tewas kepada gandingan Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari-Mohd. Zakry Ab. Latif 21-14,12-21, 21-12. Datuk Lee Chong Wei hanya menganggap perlawanan ini sebagai perlawanan pemanas badan.

”Saya akan terus memberi sokongan terhadap mana-mana kejohanan tempatan.

”Selepas ini saya akan memberi tumpuan penuh untuk persediaan ke Terbuka Singapura dan Indonesia,” katanya.

”Apa yang penting ialah untuk merasai bahang perlawanan,” katanya.

Keputusan lain yang menyaksikan juara beregu wanita pula milik pasangan Amelia Anscelly-Lim Yon Loo yang menundukkan pasangan Goh Liu Ying-Nairul Suhada Abdul Latif dengan keputusan 21-12, 23-21 dalam tempoh 25 minit.

Penentuan juara acara beregu campuran memihak kepada Koo Kien Kiat-Ng Hui Lim yang menumpaskan pasangan Mohd. Lutfi Zaim-Lim Yin Loo 14-21,21-13,21-18.

No comments: